Sunday, April 28, 2013

Episod Baru - Banglo Pemujaan??

Pada hari Jumaat lalu Krew Unit PAGparanormal Ron Asraff telah membawa Team PAG ke satu lokasi banglo lama yang masih terselit di celah celah bandaraya Kuala Lumpur.Setibanya di lokasi kami tergamam seketika kerana tidak tahu menahu langsung kewujudan banglo terbabit.Kredit kepada Krew Peninjau Ron Asraff yang sentiasa rajin mencari lokasi-lokasi baru untuk PAGparanormal membuat kajian.
Pada malam itu kami tiba tepat 12 malam.Waktu itu keadaan sekeliling basah.Kehadiran kami dijemput oleh sang `Nyamuk banduan`.Tanpa melengah lengahkan waktu kami meneruskan kajian di banglo ini.Bukan sekadar struktur banglo ini sahaja yang kami temui malah ia mempunyai sebuah kabin di belakang.Ia mengingatkan saya kepada cerita `Cabin in the wood`.
Disekeliling kawasan banglo ini di penuhi dengan belukar dan pokok besar.Memang agak meyeramkan apabila melihat rumah tinggal yang telah ditumbuhi pokok-pokok besar setinggi 5 tingkat.Seorang krew PAG - Mirol mendakwa melihat kelibat meninjau ninjau dari dalam banglo terbabit namun setelah disiasat kami tidak menemui apa-apa.Adakah ianya kelibat orang (manusia) atau orang-orang (entiti).
Beginilah keadaan di dalam kabin.Pohon ara telah menjadi pengganti kepada bumbung.Pada waktu itu krew PAG Ron Asraff sedang menggunakan EVPnya untuk cuba berkomunikasi dengan entiti yang berada di kawasan terbabit dan kami dikejutkan dengan bunyi `tebasan` di atas pokok besar yang berada di atas kepala kami.Ia didengari oleh Krew kameraman AJ,kameraman dslr Yuyie dan Ron sendiri.Manakala 2 org krew lagi Tengku Asy dan Mirol yang sedang berada di luar pintu kabin itu tidak mendengari apa yang telah kami dengari dari dalam.
Lebih mengejutkan kami ketika meninjau keadaan sekeliling banglo terbabit kami telah menemui beberapa lilin merah dan putih.Kami mengesyaki ada unsur-unsur pemujaan yang telah dilakukan oleh individu-individu yang tidak bertanggungjawab.Pada masa itu juga kesemua krew disarankan lebih berhati-hati.Kita tidak mahu perkara khurafat yang telah dilakukan oleh individu yang tidak bertanggungjawab itu memudaratkan orang lain yang berada disitu dengan tujuan baik.

Di akhir kajian kami didatangai bau wangi dan pada waktu itu kesemua krew PAG terkedu dan memandang muka sesama sendiri.Mungkin pada masa itu terlintas pelbagai imaginasi di benak fikirian krew krew yang terlibat pada malam itu.JANGAN TEGUR!!

Krew yang terlibat pada malam itu - AJ, Tengku Asy,Ron Asraff, Mirol & Yuyie.

Gambar Fotografi kredit kepada Krew Unit PAGparanormal Yuyie

Monday, April 15, 2013

Dahulu taman tema, kini benarkah ia berhantu??


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.First of all kami dari team PAG ingin memohon maaf kepada pembaca-pembaca blog ini dan Fan FB kami kerana kami tidak berkesempatan meng-update dan meneruskan kajian-kajian paranormal kami.Kami sedar pada tahun ini (2013) agak `kureng` skit atas sebab kesibukan kru kru yang mempunnyai kerja tetap.Namun kami sentiasa merangka perjalanan program paranormal PAG demi mencapai visi dan misi PAGparanormal.Kesulitan amat dikesali.Untuk pendapat semua PAG juga tertarik dengan cadangan-cadangan yang dikemukan oleh peminat di FB dan salah satu lokasi yang menarik minat kami ialah Mimaland.Sebelum ini kami juga pernah ke lokasi tersebut namun tidak dapat memasukinya kerana `guard` yang bertugas menjaga kawasan terbabit tidak membenarkan kami memasuki `KAWASAN LARANGAN` oleh kerana ianya kawasan Tanah Persendirian.Demi kajian paranormal dan sejarah tempat itu, InsyaAllah kami akan cuba untuk mendapatkan sedikit sebanyak maklumat tentang kes paranormal yang berlaku disitu.

Dari Petikan Wikipedia
Mimaland ialah sebuah taman rekreasi di Gombak, Selangor, Malaysia. Ia dibuka pada tahun 1975. Pada 1994 taman tersebut telah ditutup disebabkan oleh tanah runtuh berbahaya.

Sejarah...


Mimaland mula dibina dalam tahun 1971. Nama Mimaland itu sebenarnya adalah merupakan singkatan daripada gabungan perkataan Malaysia In Miniature Land. Mimaland dibina di sebuah kawasan berbukit seluas 300 ekar di Ulu Gombak berhampiran dengan Kuala Lumpur.
Pembinaan Mimaland dilakukan dalam beberapa fasa dan dibuka secara berperingkat. Fasa pertama Mimaland yang siap dalam tahun 1970-an mengandungi 24 buah motel dan 5 buah chalet serta sebuah kolam renang.
Antara tarikan utama Mimaland pada peringkat awalnya ialah 'taman haiwan prasejarah' yang mengandungi binaan model-model dinosaur bersaiz besar yang begitu mengagumkan dan menjadi tumpuan bagi beberapa penggambaran filem tempatan, seperti Filem Mekanik (1983). Selain itu filem Gila-Gila Remaja (1986), filem Tempo '88(1987), filem Dendang Perantau (1979) dan filem Suara Kekasih (1986) juga membuat penggambarannya di situ. Dalam filem Gila-Gila Remaja antara dialog popular adalah "Esok jangan lupa, Mimaland!" yang diucapkan oleh pelakon Faizal Hussein. Juga terdapat adegan Azroy dan Suzana singgah minum di restoran tepi tasik. Dalam filem Dendang Perantau, logo lama Mimaland kelihatan pada pintu gerbangnya, yang berbeza dari logo tahun 1980-an. Dalam filem tu Latiff Ibrahim menumpangkan saudaranya dari Indonesia untuk menginap di chalet terapung di Mimaland. Dalam filem Suara Kekasih pula, Ogy & Azmil Mustapha dating di restoran tepi tasik di Mimaland. Pada tahun 1984 satu kolam renang yang dikatakan terbesar di Asia Tenggara telah dilancarkan sebagai satu lagi tarikan terbaru Mimaland. Ia turut menawarkan papan luncur air gergasi yang tinggi dan menjadi kegemaran para pengunjung. Kawasan kolam renang terbesar di Asia Tenggara dan papan luncur air gergasi tersebut telah menjadi latar adegan dalam filem Tempo '88. Selain itu Mimaland juga mempunyai beberapa lagi bahagian lain, antaranya ialah sebuah tasik untuk aktiviti bersampan dan memancing, kawasan 'giant maze', serta kawasan untuk merentas rimba.
Setelah bertahun-tahun Mimaland beroperasi, seorang warganegara Singapura berusia 27 tahun maut dalam satu kemalangan di kawasan papan luncur air gergasi Mimaland pada Januari 1993. Kejadian malang itu mengejutkan orang ramai dan memaksa pihak Mimaland menutup sementara kawasan yang terlibat iaitu kolam renang dan papan luncurnya. Selepas kerja-kerja penambahbaikan dilakukan Mimaland kembali dibuka kepada orang ramai. Bagaimanapun, satu kejadian kecil tanah runtuh telah menyebabkan berlakunya kerosakan pada dinding kolam renang yang sama pada Mei 1994. Kejadian ini menyebabkan air lumpur memasuki kolam renang tersebut menyebabkan kawasan tersebut ditutup kepada orang ramai.
Beberapa pihak termasuk agensi kerajaan kemudiannya telah menyeret pihak pengurusan Mimaland ke mahkamah di atas beberapa dakwaan kesalahan, antaranya ialah kelemahan dalam kawalan keselamatan, serta menjadi punca kepada beberapa masalah. Sepanjang perbicaraan kes tersebut pihak mahkamah telah menghalang Mimaland daripada meneruskan operasinya. Akibat tidak dapat lagi bertahan tanpa beroperasi, Mimaland akhirnya terpaksa menutup terus pintunya buat selama-lamanya pada 1994. Kesan peninggalan Mimaland masih wujud hingga kini.